Jadi Dora The Explorer

Hai dan Assalamualaikum

Korang apa khabar? Sihat? Rindu saya tak? (Macam nak kena cepuk je budak ni).  Dah lama saya tak berblog ni. Dah berkurun lamanya. So, masa yang ada ni saya nak kemaskan blog ni. (Tengah lap blog). Haha ! Macam saya cakap masa post yang lepas, saya sangat sibuk dengan sekolah. Tak campur dengan koko. Tahun ni aktif sikitlah. Nak kumpul sijil. Katanya....

Well, actually saya patut study sekarang ni. Isnin ni ada exam Mac. Tapi esok la buat. Tinggal nak recall je apa saya dah baca. Saya suka buat awal-awal sebab nanti boleh relax je. Ye dok? Tahun ni, kita punya sekolah, exam dia lain sikit. Dia ikut waktu pembelajaran kita. Contoh, kalau waktu pertama kita BI, so maknanya kita periksa masa tu jugaklah. Susah nak explain kalau dari lisan. Kena face to face baru paham. (Macam nak gaduh je bunyinya). Jangan salah faham hadui ken. 

Seperti korang tahu atau tak tahu, saya sekolah di SMK KGV. Kan sekolah saya tu ada jam besar tu kan. Saya ada pergi kat situ. Nak jadi Dora the Explorer la katanya. 
Kalau korang tak tahu ni rupanya :


Yang saya tanda warna merah tu la saya pergi. Ni saya nak cerita, masa tu saya pergi situ masa waktu kokurikulum. Saya tak ponteng, ok. Saya ada latihan caklempong di bilik jamming (betul ke ejaan die ni) yang berdekatan dengan tempat ni. Lepastu, hati ni mula la menggatal nak pergi situ. Mula tu, saya suruh budak F1 ganti tempat saya buat sementara. Then, baru saya pergi dengan Zulaikha dan Ain. 3 orang la. Ekau ingat den ni berani sangat ke. Tengok cerita hantu pun waktu siang je.

Saya tak tahu pula ada laluan sempit nak pergi loteng jam itu. Kita semua pergilah memandangkan Ain pernah pergi. Lepas tu ada tangga. Bukan tangga yang biasa kat rumah tu. Ni tangga panjat. First, berdebat la siapa nak naik dulu. Malas nak berdebat, saya pun naik la dulu. Takut jugalah. Takut nak jatuh, ok. Saya just tinjau sambil melekat kat tangga je situ. Tak dapat nak naik. Susah. Kena ada orang kat situ baru boleh naik. Besar kat situ. Ada meja besar dengan loceng besar. Loceng dia macam loceng cerita kartun The Hunchback Of Notre Dame. Search je kartun tu kalau tak pernah tengok. Suram je tempat tu. Takut mak.

Masa nak turun dari tangga tu agak susah sikit la. Bila kaki tak jumpa anak tangga tu punya panik. Ain kata jangan tengok bawah. Nanti jatuh. Pastu, dapat turun. Syukurlah. Lepas semua dah tinjau atas tu, kitorang nak balik ke bilik jamming. Tak puas punya pasal, saya dengan Zulaikha tinjau dekat tingkap. Nampak bumbung je la. Lepastu, dia terdengar bunyi perempuan nangis. Tapi saya tak dengar pape pun. So, kita duduk senyap la kejap kononnya nak dengar. Last-last dengar ada orang jalan belakang kita. Tapi takde orang pun kecuali kita. Bilik jamming tu kalis bunyi. Takkan lah. 

Takut punya pasal, kita pun blah la. The end. Best gila dapat pengalaman macam tu. Walaupun sikit dapatlah merasa. Sebab sejak saya kecil lagi, saya nak sangat tengok ada apa kat loteng jam tu. Bila dapat tengok tu, seronoklah. Tapi In Sha Allah, saya akan jejak kaki balik ke situ. Just wait and see.   




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fatin Sorfina

No comments:

Post a Comment