Antara meniru dan mencontohi

Hai dan Assalamualaikum

Apa khabar semua? Tengah buat apa tu? Saya anggap korang ok je. Baiklah, hari ini saya nak menjelaskan tentang apa beza antara meniru dan mencontohi. Perkara ini selalu terjadi dan disalah guna dalam kalangan kita, laman sosial dan sebagainya.  Termasuklah saya. Hahah ! Kadang-kadang, saya pun suka meniru orang. Sampaikan saya konpius macam "Den ni mencontohi ke meniru?" 

Meniru dan mencontohi sangat berbeza. Meniru macam kita copy 100%, paste pun 100%. So, sape tak marah kan bila kita susah2 buat benda alah tu, tetiba ada orang suka hati je meniru hasil susah-payah kita. Kan? Macam cetak rompak. Tetapi, ada sesetengah orang buat untuk kebaikan orang lain juga. Macam tweet orang tu berunsur dakwah, so kita sebagai umat Islam mestilah sampaikan dekat umat Islam yang lain melalui retweet. Ye dok? 

Mencontohi pula kita jadikan seseorang tu sebagai panduan atau tauladan supaya kita dapat menjalani kehidupan yang baik. Bukan copy bulat-bulat. Sebahagian je. Sebagai contoh, kita mengikut sunnah nabi. Kita bukannya meniru, namun kita mencontohi amalan Rasulullah SAW yang mempunyai 1001 kebaikan kepada kita. Amalan sunnah nabi juga memang digalakkan dalam Al-Quran. Nabi Muhammad SAW juga akan mengenali kita di akhirat kelak kerana kita mengamalkan amalan sunnahnya dalam kehidupan seharian kita. Dapatlah kita syafaat daripada Rasulullah SAW. See ? 

Lihat, banyak perbezaan kan? Kalau tak nampak perbezaannya, cuba baca balik dan fahamkan. Jika saya punya contoh ni tak mencukupi, percukupkanlah. Saya ni manusia biasa je. Banyak buat kesilapan, ye dok? Walaupun benda ni korang dah memang lama tahu, takpe, saya faham. Korang kan pandai so dapatlah bezakan antara yang betul dan yang salah. Saya just menyampaikan je. Ye dok?

So, renung-renungkan dan selamat beramal.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fatin Sorfina