Hai dan Assalamualaikum.
Korang apa khabar ? Buat apa sekarang ini ? Adakah korang tengah online , tengah rilek kat pantai sambil online ke, having a vacation atau yang duduk rumah termenung dah tak tahu nak buat apa? (jangan marah)
Hari ini saya nak cerita pasal percutian saya yang awesome. Jumaat itu hari, saya dan family pergi ke Morib. Alaa, korang pernah dengar tak nama tempat that is Gold Coast. Bukan Gold Coast yang kat Australia tu. Gold Coast Morib namanya. Kalau korang tak pernah dengar, korang search jelah kat google. Best tempat tu.
Macam ni jugaklah tempat dia. Nampak best kan? Tapi Sunway Lagoon lagi bestlah. Tak boleh nak dinafikanlah.
So, saya dan family bertolak pagilah. Yang saya ni pula sehari sebelum tu siap buat checklist takut lupa nak bawa barang. Excited punya pasal la sebenarnya. hehe. So, saya dan family ni pergi terlalu awal. Tu la pasal sampai awal sebab mak saya takut nanti sesatlah, jauh benorlah dan sebagainya. Tapi Alhamdullilah, kitorang selamat sampai. Ayah saya tak guna GPS kau. First time lagi. Don't play-play (tu pun nak kecoh).
Then bila sampai je tengok-tengok baru pukul 12 tengahari. Memang awal gilalah sebab check-in dalam pukul 2.30-3.00 petang. Memang tunggu 2 jam la gamaknya. Lepas tu saya dan family pergi la tempat menunggu sementara mak saya tanya pukul berapa boleh check-in. Kiranya nak check in awal la sebab dah saya dan adik-adik dah excited nak pergi mandi.
Lepastu, rasa bosan pula bila menunggu. So, saya dan family pun keluarlah cari makan memandangkan perut masing-masing dah buat lagu rock kan. haha ! Lepastu, tunggu jap sebab ayah saya pergi solat Jumaat. Sudah tu, terus ke hotel, check-in, rehat jap lepastu terus mandilah. Apa lagi?
Suka benar dia kat slide ni. Dah banyak kali dia naik.
Tutup hidung sebab takut hidung masuk air. Tapi best..
Aiman awal-awal tutup hidung. haha !
Amir tak naik sebab takut nanti hidung masuk air.
Macam nak menari Oppa Gangnam Style pula...
Peace !
Aiman naik water slide paling tinggi.
Amir takut nak naik. Tu la pasal nak turun tu pegang tangan. Amir....Amir.
Dah puas main kat swimming pool tu, kitorang semua masuk bilik. Mandi, rehat jap. Lepastu, malam pula saya dan family pergi makan malam BBQ memandangkan kami dapat voucher untuk 2 orang makan. Memanglah 2 orang je, tapi buat apa nak membazir. So, guna jela kan. Sedap. Sampai semua dah tak larat nak habiskan, so saya la yang tolong habiskan. Membazir kan amalan syaiton, ye dok? hehe...
Pagi tu pula, saya dan family pergi breakfast. Lepastu, kitorang pergi jalan-jalan tepi pantai. Tak mandi pon sebab air lautnya keruh la jugak. Tak jernih macam pulau yang lain. Tapi pasir dia sejuk dan smooth bak kata Harith Iskandar dalam iklan Nescafe "halus je...".
Saya (tudung purple), Aiman (baju biru), Amir dan Mama.
Saya dengan Papa.
Peace..
(Muka terbakor la aku nii)
Pastu pergi pack baju sebab nak check-out. Best juga la kat sana. Lagi satu, masa nak guna hairdryer tu, saya tekan tak boleh bukak. Tak puas hati punya pasal, saya bukak la button H, which I don't even know what it's mean, lepastu tiba-tiba je dia meletup. Electric shock kot. TV pun ter-off sekali. Dah sudah tu macam blur juga la. Hitam dekat bahagian pergelangan tangan baju. Alhamdullilah, nasib baik tak kena tangan. Sekarang, guna hairdryer pun teragak-agak sikit. Traumatise (betul ke ejaannya ni) katanya.
So, korang hati-hatilah eh.
Sikit je, tak banyak pun...



No comments:
Post a Comment