Kinda miss them

Hai, assalamualaikum.
 
Hari ini tak tahulah kenapa rasa rindu kat sekolah ini. Maklumlah, bak kata orang bila sekolah kita rasa malas. Bila cuti rasaa rindu pula nak ke sekolah. Alaa, mengaku jela yang korang pun sama kan ? Baik mengaku cepat *acu pistol*. Well, biasalah. Manusia tak pernah puas.
 
Well, sebenarnya orang datang ke sekolah pun bukannya nak belajar, nak jumpa kawan je kan? Sama juga la dengan budak ni. Ok, ada juga lah orang yang datang sekolah untuk belajar. Memang tu tujuan yang sebenar-benarnya. Tapi bagi budak species macam kita ni memang tujuan belajar tu perkara yang kedua.
 
Di kelas kita mesti ada orang yang pelik, gila-gila, pandai dan sebagainyalah. Termasuk la kelas saya iaitu 2Alau. Semua budak kata budak alau ni pandailah, berdisiplin dan sebagainya *tangan di dada, mata ke atas*. But actually it's not what you think. Kelas kitorang memang awesome dan sama macam kelas yang lain.
 
So, jauh jangkaan korang. Kitorang macam class of swag. *eh, betul ke english aku ni*. Argghhh, takpelah. Asalkan korang paham. Ye dok ?
 
Ni masa merdeka raya tahun ni. Rindu kelas ni.

 

 
 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fatin Sorfina

No comments:

Post a Comment